Sejarah Anjing gembala Kangal

Memakai kolar serigala berpacak

Anjing Kangal ialah baka pekerja tradisional dari Anatolia Tengah. Namanya diterbitkan daripada bandar dan daerah Kangal di Wilayah Sivas, wilayah paling timur di Rantau Anatolia Tengah.[perlu rujukan] Anjing Kangal telah digunakan oleh gembala untuk perlindungan daripada serigala dan pemangsa lain selama berabad-abad. Sebuah kajian DNA mendapati bahawa anjing di Kazakhstan, di Uzbekistan, di Tajikistan, dan di Afghanistan secara genetik paling rapat dengan anjing Kangal dan para penyelidik mengusulkan bahawa baka ini mungkin telah dibawa dari Asia Tengah oleh orang Turki nomad.[3]

Anjing Kangal diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1989; piawaian baka terkini diterbitkan pada tahun 2018.[4]

The Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf anjing Kangal Turki berkuat kuasa mulai April 2013 dan piawaian baka sementara diterbitkan pada awal tahun itu; pemilik anjing yang didaftarkan sebagai anjing gembala Anatolia boleh memohon agar anjing-anjing mereka didaftarkan semula di bawah nama baharu.[5][6][7]

Sekitar 300 ekor anjing ini telah diberikan kepada para peladang di Namibia sejak tahun 1994 oleh Dana Pemuliharaan Citah untuk membantu untuk melindungi haiwan ternakan daripada serangan citah dan program ini telah diperluas ke Kenya.[8] Sejak itu, bilangan citah yang dibunuh oleh peladang dihitung telah menurun daripada 19 setiap peladang setiap tahun kepada 2.4. Kerugian haiwan ternakan telah dikurangkan dengan ketara di lebih daripada 80% daripada ladang yang mempunyai anjing baka ini yang telah diterima pakai. Majoriti besar citah yang masih dibunuh oleh peladang dibunuh selepas serangan khusus terhadap haiwan ternakan. Sebelum ini, kucing itu dijejak dan dibunuh setiap kali menghampiri ladang.

Anjing gembala Anatolia

Anjing gembala Anatolia ialah nama yang digunakan di Amerika Syarikat untuk merujuk anjing yang diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan rantauan Turki, khususnya anjing Kangal tetapi juga akbash, dari lewat tahun 1960-an.[9] Pada tahun 1967, seorang leftenan Tentera Laut Amerika Syarikat yang ditempatkan di Turki, Robert Ballard, memperoleh dua ekor anjing penjaga haiwan ternakan pekerja, Zorba dan Peki, daripada pembiak baka di rantau Ankara. Zorba ialah jantan berwarna pinto berbulu panjang dan Peki pula betina berwarna kucing pucat berbulu pendek.[9][10] Pada lewat tahun 1960-an, Ballard kembali ke Amerika Syarikat dan membawa anjing-anjing beliau bersama dan pada tahun 1970 pasangan itu melahirkan perinduk pertama, yang menjadi ternakan asasi baka ini di Amerika Syarikat. Sebuah kelab baka dibentuk dengan segera dan contoh-contoh lanjut diimport dari Turki.[9] Dalam mengembangkan baka ini, penggemar Amerika bertindak tanpa memahami keragaman rantauan anjing gembala Turki, dengan hasil bahawa anjing-anjing Amerika dapat dibiakbakakan dengan pelbagai panjang lapis bulu, warna, dan corak warna manakala di Turki baka-baka berlainan membiak lebih padan dengan satu jenis lapis bulu tetap.[9] Hal ini diburukkan lagi dengan penyumberan kebanyakan anjing di zon perantaraan di antara pusat pembiakbakaan utama akbash dengan anjing Kangal, zon yang mempunyai contoh kedua-dua jenis.[9] Anjing gembala Anatolia ialah baka anjing kacuk daripada semua anjing penjaga haiwan ternakan Turki. Pada tahun-tahun berikutnya, permusuhan berkembang antara pembiak baka Amerika, yang bertegas bahawa anjing mereka ialah anjing gembala Turki sejati, dengan pembiak baka Turki yang percaya, dan menyatakan, bahawa anjing-anjing tersebut merupakan gabungan pelbagai baka Turki.[9] Pertukaran penghinaan berlaku dengan pembiak baka Amerika yang menuduh pihak Turki tentang pemasaran anjing dengan keleluhuran meragukan sebagai baka bebas dan pihak Turki menyatakan bahawa pihak Amerika membiakbakakan anjing baka silangan.[9] Nama Anatolian Shepherd Dog ("anjing gembala Anatolia") tidak terkenal di Turki dan baka ini kadang-kadang disebut dengan nama dalam bahasa Turki Çoban Köpeği yang memaksudkan "anjing gembala", atau anjing penjaga haiwan ternakan.[9][11] Sejak tahun 1980-an, pihak Amerika telah mengimport anjing Kangal secara hampir eksklusif dan anjing gembala Anatolia semakin mengakuri jenis baka tersebut. Walaupun begitu, anak-anak anjing dengan penampilang kacuk masih dilahirkan dan pihak berkuasa Turki masih enggan mengiktiraf anjing gembala Anatolia sebagai baka tulen Turki.[9]

Rujukan

WikiPedia: Anjing gembala Kangal https://www.thekennelclub.org.uk/search/breeds-a-t... http://worldcat.org/oclc/874356597 https://www.worldcat.org/oclc/874356597 https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/331g02-e... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kangal... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/... https://doi.org/10.1016%2Fj.dam.2008.06.040 https://hdl.handle.net/11511%2F28384 https://www.fci.be/en/nomenclature/KANGAL-SHEPHERD... https://web.archive.org/web/20131231001909/http://...